Wednesday, April 3, 2013

WANITA


Assalamualaikum W.B.T, Selamat Pagi semua...

Tatapan untuk semua Wanita pada pagi ini ditujukan kepada semua insan yang bergelar Lelaki..

Aku wanita punya hati nurani yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta telah membutakan mata dan membuat tuli telinga
Apakah salah jika aku menyinta Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini..

Cintaku ini anugerah terindah dari yang Maha Kuasa 
Cintaku padamu tak pernah berubah meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini..

Aku wanita aku kaum Hawa yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta srlayaknya manusia
Apakah salah jika aku menyinta apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati belahan jiwaku ini..

AKU WANITA, YANG HANYA PERLU KAU FAHAMI....

Monday, February 18, 2013

Rindu... Kerana cinta...

Assalamualaikum WBT.. Selamat tengahari.. Selamat menjamu selera yerr..

Terima la dari saya untuk hari ini.. (Copy and paste)

Tangisan di sudut mata menitis mengalir di pipi. Seperti hujan membasahi bumi. Ku fahami dan mengerti hatimu. Kesedihanmu, kan pulih bila hujan reda. Kerinduanmu dan kerinduanku hanya untuk sementara. Walau jauh dari pandangan mata. Kau tetap satu di kalbu. Berdoalah moga direstui. Jalinan cinta antara kita. Moga direstui cinta kita kan abadi kasihku.

Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela. Rasa bahagia sepenuh biarpun sengsara berkorban segala-gala. Semua kerana cinta yang pahit manis di rasa, menghibur nestapa merawat luka damai di jiwa. Dan jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah ke mana. Dan jangan pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama.

Sekian dulu untuk hari ni.. Sehingga berjumpa lagu yerr..

Much Love,
Sassygirl-AAR_ON8780..

Thursday, February 14, 2013

Memori Di Medan bersama Meklin, Ara dan Wawa..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.. Bagi post kali ini saya akan sajikan kenangan saya di Medan, Indonesia pada tahun lepas bersama rakan-rakan bermula pada 18 Julai 2012 hingga 21 Julai 2012. All Girls goes as A Bacpackers !! Adventerous.. Ikut pala saja.. No fix schedule.. 

Antara tempat-tempat yang menjadi pilihan kami untuk lawati adalah Parapat, Danau Toba - Samosir Island - Air Terjun Siposo-poso - Berastagi - Air Terjun 2 warna di Sibo Langit (kena panjat gunung selama 2 jam lebih) - Medan. Travel ini lebih kepada melihat keindahan alam semulajadi. it was awesome !!

Hanya berbekalkan 1 juta rupiah sahaja yer saya ke sana kerana keinginan untuk bershopping agak kurang.. huhuhu.. Yang paling penting pada hari terakhir kami di sana adalah hari pertama Umat Islam menyambut Ramadhan.. Masa berbuka kami berbuka di Restoran Garuda.. Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk yang sangat sedap sehingga kenyang.. hahahaha..

Disini saya sertakan beberapa gambar semasa saya berada di Medan untuk tatapan semua yang menjenguk blog saya.. Harap semua enjoy yerr..




















Sekian dulu dari saya untuk hari ini... Kita akan berjumpa lagi di lain Post yer.. InsyaAllah..
Sehingga ketemu yerr.. Bye..

Much Love,
Sassygirl - AAR_ON8780..

Assalamualaikum.. ^_^

Tuesday, February 5, 2013

Currently working place...

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.. Selamat bersua kembali setelah sekian lama menyepikan diri... Taktau nak tulis apa sebenaqnya sbb tu x update.. huhu.. Nak online pun susah dah la ni.. minta maaf laa noo..

Ok, back to the post title jz to inform uolls yang saya la ni keja kat sini - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH). - Kuli sajoooo !!! hahahaha..

Saya sangat tertarik dengan pemandangan di bahagian hadapan bangunan MBMB ini.. Al-maklumlah saya ni kannn sangat sukakan pemandangan yang shantekkk.. Klu malam lagi cantikk.. Mmg mendamaikan hati laa..
Sapa2 yg tengah bersedih tu boleh laa mai sini untuk menenangkan hati yang gundah gelana ituu..

Disini, saya ditempatkan di Jabatan Pengindahan Bandar ataupun lebih dikenali sebagai Bahagian Landskap.. Happening bhgn ney walaupun kdg2 ada jgk kontroversi yg tak menyenangkan.. Biasa laa kann.. Saya jadi confius pun ada dengan kerenah2 staf kat sini.. hahaha.. Whateverrr !! >_<

Ok laa, saya rasa sampai setakat ini dulu laa yerr.. Maybe akan ada lg post selepas ini dari saya, who knows right ?! * kalau rajin ada la latest post.. 

Much Love,
Sassygirl - AAR8780... ^_^


Tuesday, April 17, 2012

4 tanda wanita jatuh cinta !

wanita jatuh cintaLebih 70% wanita bersetuju mereka tidak akan meluahkan perasaan sebaliknya hanya menunjukkan tanda mereka sebenarnya telah jatuh cinta. Wanita mempunyai cara yang tersendiri untuk memberitahu seseorang lelaki mengenai perasaan mereka. Ianya terpulang kepada lelaki tersebut untuk memahaminya atau mungkin mereka tidak akan berjaya mengesannya. Didalam artikel ini, t5 akan menerangkan mengenai 4 tanda sekiranya wanita telah jatuh cinta.
Pandangan mata- Pandangan mata seorang wanita biasanya lebih terbatas berbanding mata lelaki yang lebih liar. Sekiranya anda sedar seseorang wanita yang gemar memerhatikan tingkahlaku anda walaupun secara bersembunyi, ia mungkin menunjukkan perkara yang positif bahawa mereka mungkin berminat atau telah jatuh cinta terhadap diri anda. Ianya terpulang kepada anda untuk mengambil tindakan yang seterusnya.
Senyuman- Apabila hubungan mata telah dibuat, ia biasanya disusuli dengan senyuman. Ini mengukuhkan lagi bahawa mungkin wanita tersebut telah bersedia untuk mengenali anda dengan lebih lanjut. Selain daripada itu, tanda ini juga menunjukkan bahawa wanita tersebut bersedia sekiranya anda ingin memulakanperbualan.
Perbualan- Kebanyakan wanita masih berpegang terhadap kepercayaan bahawa lelaki yang perlu untuk memulakan perbualan terlebih dahulu dan bukannya mereka. Sekiranya wanita yang memulakan perbualan terlebih dahulu, ia adalah tanda yang kukuh bahawa mereka mungkin berminat terhadap diri anda. Memulakan perbualan adalah merupakan cara mudah untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat.
Bahasa tubuh- Apabila anda telah memulakan perbualan tetapi wanita tersebut menunjukkan reaksi tubuh yang kurang selesa, ia bukan bermakna mereka tidak berminat terhadap diri anda. Berkemungkinan ia disebabkan oleh faktor gemuruh berhadapan dengan orang yang mereka telah memendam perasaan. Jangan terlalu awal membuat penilaian. Ambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

Monday, April 16, 2012

Assalamualaikum W.B.T.. Selamat Petang.. Fateen datang lagiii...
Dah lama tak update blog ney.. rindu laa.. huhu.. Keadaan saya baik2 saja setakat hari ney.. Cuma 2,3 mgulpas ada batuk2 and flu sikit.. Tp, jgn risau sbb semua dah berakhir.. Alhamdulillah..

Saya sekarang tgh rasa sedih, kecewa, pilu dan mcm2 lagi laa yg sewaktu dengannya.. Nak kata tgh bercinta of coz laa noooo.. Mmg x pernah bercinta.. Myb sebab itu laa kott.. huhu.. Sedih kannn ?! *Malunyaaa... hukhukhukhuk..

Tak semua orang dapat apa yg diinginkan.. Salah sorangnya aku laa.. heee.. Nak wat cmna la kann.. Myb ada hikmah di sebalik semua  ini.. Aku jatuh cinta banyak kali tapi sekali pun x pernah bercinta *aku pernah post dalam FB.. >_<.. Mcmna nak wat ek supaya cepat2 bercinta ?! hahaha.. nampak mcm desperate sgtttt... ppfffttt...


Tapi, klu boleh kawin trus pun ok.. Bercinta lepas kawin lg best kottt.. hihihi.. Aku selalu mengimpikan jalan hidupku seperti di dalam salah satu novel2 yang aku baca.. tak kisah la yg mcm mna tp last2 skali msti bahagia..
Sampai kdg2 ada gak terdetik dalam hati nk wat mcm dalam novel Pergilah Sepi ka, Bicara Hati ka ataupun Aku Bukan Mistress kaa.. hahahaha...

Hurmm, sampai sini ja untuk hari ney.. sehingga ketemu yaa.. byeee...
Lots of LOVE ! mmmuuuaahhhh ~~~

Friday, January 27, 2012

Puteri Resort !













I'm here right now !

Assalamualaikum W.B.T...
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia...

27/1/2012, Jumaat - Aku bertolak dari UM pada pukul 8.40 pg dengan menaiki bas UM selepas semua pelajar berkumpul dan mengisi borang jamin diri. Sebanyak 2 biji bas disediakan kepada pelajar luar kampus untuk datang ke sini. Aku sampai di sini pada pukul 10.30 pg dan terus ke Dewan Bendahara 2 untuk sesi pendaftaran pelajar.

Sesi pagi itu dimulakan dgn Ice Breaking yang dikendalikan oleh Pegawai HEP. Pelbagai aktiviti dilakukan semasa sesi tersebut. Sesi diteruskan dengan Pengenalan HEP kepada pelajar selepas Solat Jumaat. PAda sebelah petang adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu Paintball. Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan.. Setiap kumpulan ada pegawai yang sertai bersama. Sebelum bermulanya sesi sebelah malam, diselitkan juga aktiviti Bicara Rohani oleh Pelajar. Selepas itu, Pegawai HEP mengambil alih utk memberi ceramah.

27/1/2012, Sabtu - Awal pagi pelajar dah berkumpul depan swimming pool utk senaman pagi tapi aku kat dalam bilik masih diulit mimpi.. hahahaaha...

Sampai disini dulu yaa.. kang, cita lagi.. bye.. see ya ! ^_^