Tuesday, April 17, 2012

4 tanda wanita jatuh cinta !

wanita jatuh cintaLebih 70% wanita bersetuju mereka tidak akan meluahkan perasaan sebaliknya hanya menunjukkan tanda mereka sebenarnya telah jatuh cinta. Wanita mempunyai cara yang tersendiri untuk memberitahu seseorang lelaki mengenai perasaan mereka. Ianya terpulang kepada lelaki tersebut untuk memahaminya atau mungkin mereka tidak akan berjaya mengesannya. Didalam artikel ini, t5 akan menerangkan mengenai 4 tanda sekiranya wanita telah jatuh cinta.
Pandangan mata- Pandangan mata seorang wanita biasanya lebih terbatas berbanding mata lelaki yang lebih liar. Sekiranya anda sedar seseorang wanita yang gemar memerhatikan tingkahlaku anda walaupun secara bersembunyi, ia mungkin menunjukkan perkara yang positif bahawa mereka mungkin berminat atau telah jatuh cinta terhadap diri anda. Ianya terpulang kepada anda untuk mengambil tindakan yang seterusnya.
Senyuman- Apabila hubungan mata telah dibuat, ia biasanya disusuli dengan senyuman. Ini mengukuhkan lagi bahawa mungkin wanita tersebut telah bersedia untuk mengenali anda dengan lebih lanjut. Selain daripada itu, tanda ini juga menunjukkan bahawa wanita tersebut bersedia sekiranya anda ingin memulakanperbualan.
Perbualan- Kebanyakan wanita masih berpegang terhadap kepercayaan bahawa lelaki yang perlu untuk memulakan perbualan terlebih dahulu dan bukannya mereka. Sekiranya wanita yang memulakan perbualan terlebih dahulu, ia adalah tanda yang kukuh bahawa mereka mungkin berminat terhadap diri anda. Memulakan perbualan adalah merupakan cara mudah untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat.
Bahasa tubuh- Apabila anda telah memulakan perbualan tetapi wanita tersebut menunjukkan reaksi tubuh yang kurang selesa, ia bukan bermakna mereka tidak berminat terhadap diri anda. Berkemungkinan ia disebabkan oleh faktor gemuruh berhadapan dengan orang yang mereka telah memendam perasaan. Jangan terlalu awal membuat penilaian. Ambil masa untuk mengenali mereka dengan lebih rapat lagi.

Monday, April 16, 2012

Assalamualaikum W.B.T.. Selamat Petang.. Fateen datang lagiii...
Dah lama tak update blog ney.. rindu laa.. huhu.. Keadaan saya baik2 saja setakat hari ney.. Cuma 2,3 mgulpas ada batuk2 and flu sikit.. Tp, jgn risau sbb semua dah berakhir.. Alhamdulillah..

Saya sekarang tgh rasa sedih, kecewa, pilu dan mcm2 lagi laa yg sewaktu dengannya.. Nak kata tgh bercinta of coz laa noooo.. Mmg x pernah bercinta.. Myb sebab itu laa kott.. huhu.. Sedih kannn ?! *Malunyaaa... hukhukhukhuk..

Tak semua orang dapat apa yg diinginkan.. Salah sorangnya aku laa.. heee.. Nak wat cmna la kann.. Myb ada hikmah di sebalik semua  ini.. Aku jatuh cinta banyak kali tapi sekali pun x pernah bercinta *aku pernah post dalam FB.. >_<.. Mcmna nak wat ek supaya cepat2 bercinta ?! hahaha.. nampak mcm desperate sgtttt... ppfffttt...


Tapi, klu boleh kawin trus pun ok.. Bercinta lepas kawin lg best kottt.. hihihi.. Aku selalu mengimpikan jalan hidupku seperti di dalam salah satu novel2 yang aku baca.. tak kisah la yg mcm mna tp last2 skali msti bahagia..
Sampai kdg2 ada gak terdetik dalam hati nk wat mcm dalam novel Pergilah Sepi ka, Bicara Hati ka ataupun Aku Bukan Mistress kaa.. hahahaha...

Hurmm, sampai sini ja untuk hari ney.. sehingga ketemu yaa.. byeee...
Lots of LOVE ! mmmuuuaahhhh ~~~